Thursday, April 12, 2012

hank rey after wear

DSC_0365[1]

tarik jeans, black pocket after wear

DSC_0370[1]

Sunday, April 1, 2012

umpama

Hidup adalah seumpama seluar jeans yang lusuh.

Lagi lusuh, lagi terasa hebat kita melalui setiap titik kehidupan.

Wednesday, March 14, 2012

orang gila kata

Kata Pak Sedara...AKAB,

" Itu lumrah pemakai raw denim. Kalau kau berhasrat untuk berzuriat, lupakan je. Beli 501 prewashed cukup!"

Tuesday, March 13, 2012

Black Pocket, raw from tarik jeans

Pada permulaannya, ini adalah projek untuk aku 'menukar' semua jeans
kepada yang baru mulai tahun ini.

Tiga helai Levi's sudah selamat aku simpan elok-elok. Tempoh berkhidmat
yang sudah tamat. Tiada lagi pembelian denim Levi's.

Pertengahan bulan lepas, aku membuat keputusan untuk sehelai Nudie Hank Rey
Recycle. Satu produk yang bikin aku puas hati.
Kali pertama dengan Raw (walau bukan Selvedge, tapi bau raw denim tetap hebat)

Sekarang ini, aku tambah sehelai lagi untuk kegunaan harian,

Black Pocket dari Tarik Jeans.
Size 34 dengan Raw untappered Indigo (aku rasalah) dengan harga pasaran RM 228.
Kurang pasti berapa oz, agak ketat pada permulaan dan sukar hendak bernafas buat kali pertama bila disarung. ( Terdapat 'hidden' rivet pada bahagian belakang )

Hari kedua, okay sahaja aku lenjan ( termasuk meredah hujan lebat). Tanpa 'soak' terlebih dahulu dan aku tak bercadang untuk membasuhnya untuk satu tempoh
yang tidak diketahui.




Kenapa Tarik Jeans? ada apa yang gambar mamak yang sedang membuat aksi bikin teh tarik? hehe mungkin untuk sedikit 'homage' atas budaya Malaysia.

 
Cukup bagus kerana ia datang dengan kotak hitam yang ringkas. Bagusnya mereka tak lupa beri 2 helai sticker "tarik".
Urusan penghantaran, aku minta mereka bikin dan hantar ke alamat pejabat aku. Malam aku bank in, esoknya sudah terima text sms dari Rohaya (Staff Tarik Jeans agaknya) mengatakan item telah selamat tiba ke destinasi.

Aku tak pasti dengan produk lain keluaran Tarik Jeans tapi untuk sehelai Black Pocket ini, adalah sesuatu yang amat 'menjanjikan denim yang hebat dari local brand' serta puas hati.

Ikut penjelasan dari lama Fb mereka, Black Pocket adalah "skinny tapi bawah dia tak tapered...only 19 pieces available.tak kepala tapi kain dia sedap. :)"

Yup, kain yang sedap selain dapat membuatkan punggung aku kelihatan seksi kembali , sehebat Joey Ramones haha.

Ini adalah pembelian kedua aku selepas Nudie, jadi tak banyak yang aku boleh komen untuk denim jenis Raw ini. Gambar-gambar adalah untuk tujuan 'meracun' :)





















Untuk urusan pembelian, kamu boleh hubungi terus melalui alamat email mereka di
tarikjeans@gmail.com ( dengan kadar balas email yang agak cepat ) atau melalui laman fb www.facebook.com/tarikjeans
atau boleh juga hubungi Ms Rohaya di nombor 012- 480 8845
 ( aku tak berapa pasti samada perlu untuk paparkan nombor telefon ini, tapi mereka berniaga kan? perlukan sedikit ruangan )

Outlet yang menjual produk Tarik Jeans boleh dilihat pada laman FB mereka. Website mereka setakat ini masih lagi dalam pembikinan.

Terima kasih untuk bro Afiq Iskandar, Director Tarik Jeans kerana sudi melayan segala pertanyaan sebelum pembelian aku menerusi siri email yang 'berjujai panjang'

Semua TarikJeans terus menerus sukses dalam perniagaan. Local Brand yang amat gigih. Bebas politik dan tak kira apa polisi yang kamu pegang.

Fuckin' nice, fuckin' owesome. Good Luck!


P/S cuma dihasilkan dalam 19 helai sahaja.